BARU-BARU ini saya menghadiri satu majlis keagamaan di tempat saya. Saya terkejut dengan acara yang diadakan. Saya ingin tahu, bolehkah kita berzikir kuat sambil berdiri dan diikuti bertepuk tangan?
Di antara zikir, jemaah menyebut perkataan ‘hu’ beberapa kali dan jemaah wanita pula bersalaman dengan pak sheikh yang dikatakan dapat memberi berkat. Mereka juga berzikir mengikut alunan muzik. Adakah semua perkara ini dibenarkan dalam Islam?
ANA Johor
Zikir yang disebutkan puan mempunyai ciri-ciri menyeleweng daripada Islam. Antara unsur yang boleh dikategorikan dalam ajaran sesat ialah seperti zikir bertepuk tangan, bersalaman dengan pak syeikh serta unsur ikhtilat atau bercampur lelaki dan perempuan bukan mahram, zikir dengan perkataan hu saja dan alunan muzik.
Semua ini petanda ia menyimpang daripada apa yang disunnahkan Islam yang suci. Elok dilaporkan segera pada jabatan agama untuk disiasat sebelum ramai yang terseleweng.
"Umno jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam."
Agensi berita melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini
"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata-mata kerana jikna PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.
Saya percaya para pembaca boleh melihat kontradiksi ucapan kedua-dua pemimpim Umno tersebut. Mahadzir Khalid kata hudud boleh dilaksanakan di Kelantan, Zahid Hamidi pula mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.
Kenyataan kedua-dua pemimpin Umno di atas adalah refleksi wajah sebenar Umno ketika berpolitik. Bagi pemimpin Umno peribadi seorang ahli politik dan peribadi seorang Islam adalah berbeza. Sebagai seorang Islam, ia boleh menerima hudud sebagai hukum Allah tetapi sebagai ahli politik ia sukar atau tidak boleh menerima bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Bagi Umno perbezaan sikap antara orang Islam dan orang politik tidak menjadi satu masalah.
Atas dasar itulah setiap kali isu hudud timbul, Umno meletakkan beban perlaksanaan hukum Allah tersebut hanya kepada PAS seolah-olah PAS sahaja yang diamanahkan melaksanakan perintah Allah tersebut. Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.
Umno benak tuduh PAS politikkan isu Hudud
Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini sepertimana yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut.
Bagi PAS, tiada satu dikotomi ( pemisahan ) antara orang Islam dan orang politik. Apabila pemimpin PAS bercakap tentang politik ia bercakap sebagai seorang pemimpin Islam dan apabila ia bercakap tentang Islam ia juga bercakap sebagai pemimpin politik. Kenapa begitu ? Kerana itulah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Rasul bagi seluruh umat manusia termasuklah orang �orang PAS dan orang �orang Umno.
Oleh itu sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.
Tetapi dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini. Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.
PAS maklum DAP masih belum menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini. Penentangan DAP bagi PAS bukan perkara yang pelik. Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apalah yang nak dihairankan DAP yang bermajoritikan orang bukan Islam juga menentang hudud. Apabila Kelantan dan Trengganu ( ketika diperintah oleh PAS ) ingin melaksanakan hudud , siapa yang mencabarnya di Mahkamah ? DAP atau Umno ?
Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual. Melihat sokongan yang makin meningkat ke atas kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam, DAP kini tidak boleh menyatakan hudud ditentang oleh semua orang bukan Islam.
Sepertimana yang saya katakan perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif PAS. Ia adalah tanggungjawab bersama baik Umno atau orang-orang Islam yang lain . Meskipun Umno menuduh PAS hanya berpolitik di dalam isu hudud , siapa yang boleh menidakkan kesungguhan PAS untuk cuba melaksanakan hukum Allah tersebut. Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Trengganu ( semasa Pas memerintah ) .
Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di DUN Trengganu , PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasukah Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan tersebut. Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. Hal ini juga saya nyatakan kepada salah seorang Ahli Parlimen di London yang bertanyakan saya tentang enakmen tersebut ketika saya melawat Parlimen England bersama Y.B Salahudin Ayub suatu masa dahulu.
Umno halang hukum Allah
Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.
Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu.
Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.- azm
(Penulis adalah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dan seorang peguam)-azm_
Cubalah terai dan buktikan secara saintifik. Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click. 10 kebaikan air Coke Cola
satu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.
8. Jama' dan Qasar Hari Jumaat Soalan: Bolehkah saya jama' dan qasar sembahyang zohor dan asar ( hari Jumaat ) dalam perjalanan yang cukup syarat (spt melebihi dua marhalah dan bagi tujuan yg baik ) sekiranya saya memulakan perjalanan saya itu selepas terbitnya fajar pada hari Jumaat atau wajib bagi saya menunaikan solat Jumaat dahulu dan selepas itu terus jamak untuk solat asar ? Hamba Allah Jawapan: Musafir, sekalipun waktu solat Jumaat didirikan itu ia sedang berhenti maka ia tidak dituntut mengerjakan solat tersebut. Sebahagian besar ahli berpendapat bahawa bagi musafir tak ada kewajipan Jumaat, sebab Nabi SAW ketika dalam perjalanan tidaklah mengerjakan solat Jumaat Begitu juga halnya ketika baginda mengerjakan haji Wada' di Arafah yang jatuh pada hari Jumaat baginda hanya solat Zohor dan Asar secara jamak taqdim dan tidak melakukan solat Jumaat. Dan demikianlah pula yang dilakukan khalifah setelah wafatnya Rasulullah SAW.
5. Menjadi Insan Yang Mulia Soalan: Bagaimanakah untuk mendapatkan insan yang berhati mulia dan diredhai Allah S.W.T.? Alang, KIMIA, P.J. Jawapan: Keredhaan Allah merupakan nikmat yang paling agung, yang hanya dimiliki oleh insan yang bertaqwa kepada-Nya. Ketaqwaan itu hanya dimiliki oleh insan yang beribadah dan beramal soleh. Sedangkan amal soleh yang memperoleh keberkatan adalah amal soleh yang disertakan dengan ilmu. Jadi ilmu adalah sumber segala kekuatan untuk memperoleh keredhaan Allah. Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata "Ada dua orang yang mendatangkan bala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu yang tidak menjaga kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah. Orang yang bodoh itu menipu manusia dengan amalnya sedangkan orang yang berilmu itu menipu manusia dengan kelalaiannya." Dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya sesuai dengan tuntutan Islam maka kita akan memiliki hati yang mulia.
6. Hukum Memakai Minyak Wangi Alkohol Soalan: Apakah hukum memakai minyak wangi yang beralkohol atau mempunyai 'spirit'? Suhaimi Mohd Yatim Jawapan: Kita mengetahui bahawa alkohol yang dicampur ke dalam bau-bauan (minyak wangi) ialah diambil daripada proses tindakan kimia bijian dan kayuan. Daripada bijian tersebut disebut "alkohol Ethyl" dan daripada kayu disebut "Methyl". Semua alkohol termasuk dalam kumpulan karbon (C-OH). Alkohol Ethyl dibuat daripada bijian dan cecairnya yang telah diperam dan dijadikan bir dan wine atau disebut arak. Selain daripada itu Ethyl digunakan juga sebagai bahan campuran dalam minyak yang digunakan untuk lampu-lampu makmal dan jentera-jentera traktor dan sebagainya. Ini dilakukan untuk mengurangkan pencemaran udara. Alkohol Ethyl juga digunakan sebagai alat pemandu ubat (preservative/ubat tahan) ubat antiseptik untuk melawan kuman, ubat gosok atau minyak angin untuk urat saraf atau terseliuh. Alkohol jenis ini juga digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi, maka jika digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menyerbak keharumannya. Seperti yang kita fahami bahawa alkohol jenis Ethyl ialah najis dan sekiranya kita menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengannya seperti minyak wangi, maka jika dibawa dalam solat tidak sahlah solat kita. Namun begitu menurut Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah mengeluarkan Fatwa bahawa minyak wangi tersebut hukumnya harus dipakai walaupun dalam sembahyang. Wallahu a'lam.
7. Doa Ketenteraman Hati Soalan: Apakah doa yang boleh dibaca bagi orang yang tidak tenteram hatinya? Zie... Jawapan: Antara amalan dan doa yang paling baik untuk mententeramkan hati adalah " Selawat ke atas Nabi SAW." Selain dari itu anda juga boleh mengamalkan doa yang kami selitkan dalam ruangan Himpunan Doa-doa Pilihan. Doa tersebut lengkap, dan amat mustajab (berkesan).
4. Berdoa Untuk Memperolehi Suami Yang Soleh Soalan: Apakah hukumnya seorang gadis berdoa agar dirinya segera dipertemukan jodoh dan mengharap dikurniakan seorang suami yang soleh? Rosmah, Seremban Jawapan: Hukumnya harus, memohon agar Allah SWT memberikan jodoh orang yang baik (soleh). Di samping berdoa, mintalah bantuan ibu bapa agar dapat mencari pasangan yang soleh. Tindakan ini adalah lebih baik dari mencari sendiri demi mengelakkan daripada berlakunya fitnah dan maksiat.
Soalan: Adakah perlu mengqada' solat fardhu yang telah ditinggalkan atau cukupkah dengan bertaubat sahaja? Abdullah, K. L. Jawapan: . Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur. Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. Wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan. ^ Kembali ke atas ^ 2. Erti Saidina Soalan: Terangkan makna saidina dan mengapa Rasulullah SAW digelar demikian sedangkan Allah SWT telah menggelarkannya Rasulullah atau pesuruh Allah sahaja? Nur Hidayah, P. Langkawi Jawapan: 'Sayid' dalam bahasa Arab bermakna penghulu. 'Saidina' bererti penghulu kami. Penghulu adalah orang yang kita muliakan dalam satu kelompok masyarakat dan orang yang dijadikan ikutan dan pimpinan dalam segala urusan. Apabila kita mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW 'penghulu kita' maka itu bererti bahawa baginda adalah orang yang kita muliakan, yang kita hormati, yang kita junjung tinggi dan kita jadikan pimpinan dan ikutan lahir batin, dunia dan akhirat. Jangan kita ucapkan 'Saidina Muhammad' maka itu bererti bahawa kita memuliakan baginda sebaik-baiknya dan mengangkat darjah baginda setinggi-tingginya, sesuai dengan kedudukan baginda yang sebenarnya. ^ Kembali ke atas ^ 3. Lari Dari Rumah Soalan: Apakah hukumnya seorang isteri lari meningalkan rumah kerana tidak tahan dengan sikap suami yang sering memukulnya? Isteri Malang, Kuala Lumpur Jawapan: Tidak salah isteri meninggalkan rumah (jika ke rumah ibu bapa) kerana hendak menyelamatkan diri daripada suami yang zalim dan mengelakkan diri dari kemudaratan. Namun kalau isteri boleh bersabar, tidak melawan dan terus tunggu di rumah pastilah pahala untuknya amatlah besar. Kalau suami zalim dan selalu memukul serta menyakiti hati, maka isteri berhak mencari perlindungan di mana-mana yang difikirkan selamat. Sebaiknya adukan kepada pejabat Kadi dan di sana diboleh menuntut fasakh. Undang-undang Islam membela kaum wanita/isteri. Jadi, mereka hendaklah pandai mengambil kesempatan dari pembelaan itu.
Al-kisahnya, pada suatu hari berlakulah satu komunikasi di antara ibu unta dan anak unta, yang lebih kurang, beginilah bertanya :
Seekor unta kecil bertanya kepada ibunya, "Ibu kenapa ye tapak kakiku besar dan hanya terdiri dari tiga jari?" Si ibu menjawab, "Kita kan unta, kaki seperti itu bagus untuk melewati gurun agar kaki tidak tenggelam dalam pasir." "Lalu kenapa bulu mataku panjang?" tanya anak unta lagi. "Jika kita berjalan di gurun, pasir? kan selalu berterbangan. Bulu mata yang panjang akan melindungi matamu dari dimasuki pasir," jawab ibunya. "Di punggungku ada bonggol. Itu untuk apa?" tanya anak unta. "Itu untuk menyimpan air. Jadi kalau kita berjalan melintasi gurun yang tiada air, kita boleh bertahan walaupun tidak minum berhari-hari?," jawab ibunya. Setelah sekian lama terdiam, si anak unta berkata, "Jadi kita punya tapak kaki lebar, bulu mata panjang dan bonggol di punggung adalah untuk hidup di gurun..." "Benar sayang," jawab ibunya. "Jadi, kenapa kita ada di ZOO?"
Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila! Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai. Datang jumpa saya tiga kali seminggu. Malek: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan? Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja. Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah. Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya? Malek: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya. Doktor: Ya..bagaimana? Malek: Dia suruh saya potong kaki katil....
4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!". "Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Menara Berkembar Petronas" Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!" "Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation" Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!" Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-Eleven!"
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya..