Rujuk semula selepas seminggu  

Posted by ~MuJtAhId~

BARU-BARU ini saya melafazkan talak kepada isteri. Seminggu selepas kami bercerai, saya berjumpa dengan isteri dengan niat untuk rujuk kembali.


Dalam pertemuan itu kami turut melakukan hubungan kelamin.

Soalan saya, adakah sah rujuk saya itu melalui hubungan kelamin atau adakah kami sudah dianggap melakukan zina?

Bolehkah seorang suami tinggal bersama isteri yang sudah diceraikan dalam tempoh edah?

MUSYKIL
Seremban


JAWAPAN


Jika tuan melafazkan talak satu atau dua, tuan mempunyai hak untuk rujuk pada isteri dalam tempoh edah. Jika talak tiga, maka tiada ruang kembali.

Jika talak rajie yakni satu dan dua dan dalam tempoh seminggu tuan dan isteri melakukan hubungan kelamin, maka tuan sah rujuk dengan isteri tuan.

Seorang suami jika menceraikan talak rajie boleh duduk dengan isterinya demi menggalakkan kembali mereka rujuk.

This entry was posted on Sunday, December 28, 2008 at 1:19 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

NASYID.FM