Posted by ~MuJtAhId~

6. Hukum Memakai Minyak Wangi Alkohol
Soalan:
Apakah hukum memakai minyak wangi yang beralkohol atau
mempunyai 'spirit'?
Suhaimi Mohd Yatim
Jawapan:
Kita mengetahui bahawa alkohol yang dicampur ke dalam bau-bauan
(minyak wangi) ialah diambil daripada proses tindakan kimia bijian dan
kayuan. Daripada bijian tersebut disebut "alkohol Ethyl" dan daripada kayu
disebut "Methyl". Semua alkohol termasuk dalam kumpulan karbon (C-OH).
Alkohol Ethyl dibuat daripada bijian dan cecairnya yang telah diperam
dan dijadikan bir dan wine atau disebut arak. Selain daripada itu Ethyl
digunakan juga sebagai bahan campuran dalam minyak yang digunakan
untuk lampu-lampu makmal dan jentera-jentera traktor dan sebagainya. Ini
dilakukan untuk mengurangkan pencemaran udara.
Alkohol Ethyl juga digunakan sebagai alat pemandu ubat
(preservative/ubat tahan) ubat antiseptik untuk melawan kuman, ubat gosok
atau minyak angin untuk urat saraf atau terseliuh. Alkohol jenis ini juga
digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi, maka jika digunakan
untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menyerbak keharumannya.
Seperti yang kita fahami bahawa alkohol jenis Ethyl ialah najis dan
sekiranya kita menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengannya seperti
minyak wangi, maka jika dibawa dalam solat tidak sahlah solat kita.
Namun begitu menurut Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Kedah Darul
Aman telah mengeluarkan Fatwa bahawa minyak wangi tersebut hukumnya
harus dipakai walaupun dalam sembahyang. Wallahu a'lam.

This entry was posted on Saturday, December 13, 2008 at 3:04 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

NASYID.FM