soal jawab  

Posted by ~MuJtAhId~

5. Menjadi Insan Yang Mulia
Soalan:
Bagaimanakah untuk mendapatkan insan yang berhati mulia dan
diredhai Allah S.W.T.?
Alang, KIMIA, P.J.
Jawapan:
Keredhaan Allah merupakan nikmat yang paling agung, yang hanya
dimiliki oleh insan yang bertaqwa kepada-Nya. Ketaqwaan itu hanya
dimiliki oleh insan yang beribadah dan beramal soleh. Sedangkan amal soleh
yang memperoleh keberkatan adalah amal soleh yang disertakan dengan
ilmu. Jadi ilmu adalah sumber segala kekuatan untuk memperoleh keredhaan
Allah.
Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata "Ada dua orang yang
mendatangkan bala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu yang tidak
menjaga kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah.
Orang yang bodoh itu menipu manusia dengan amalnya sedangkan orang
yang berilmu itu menipu manusia dengan kelalaiannya."
Dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala
larangan-Nya sesuai dengan tuntutan Islam maka kita akan memiliki hati
yang mulia.

 

Posted by ~MuJtAhId~

6. Hukum Memakai Minyak Wangi Alkohol
Soalan:
Apakah hukum memakai minyak wangi yang beralkohol atau
mempunyai 'spirit'?
Suhaimi Mohd Yatim
Jawapan:
Kita mengetahui bahawa alkohol yang dicampur ke dalam bau-bauan
(minyak wangi) ialah diambil daripada proses tindakan kimia bijian dan
kayuan. Daripada bijian tersebut disebut "alkohol Ethyl" dan daripada kayu
disebut "Methyl". Semua alkohol termasuk dalam kumpulan karbon (C-OH).
Alkohol Ethyl dibuat daripada bijian dan cecairnya yang telah diperam
dan dijadikan bir dan wine atau disebut arak. Selain daripada itu Ethyl
digunakan juga sebagai bahan campuran dalam minyak yang digunakan
untuk lampu-lampu makmal dan jentera-jentera traktor dan sebagainya. Ini
dilakukan untuk mengurangkan pencemaran udara.
Alkohol Ethyl juga digunakan sebagai alat pemandu ubat
(preservative/ubat tahan) ubat antiseptik untuk melawan kuman, ubat gosok
atau minyak angin untuk urat saraf atau terseliuh. Alkohol jenis ini juga
digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi, maka jika digunakan
untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menyerbak keharumannya.
Seperti yang kita fahami bahawa alkohol jenis Ethyl ialah najis dan
sekiranya kita menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengannya seperti
minyak wangi, maka jika dibawa dalam solat tidak sahlah solat kita.
Namun begitu menurut Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Kedah Darul
Aman telah mengeluarkan Fatwa bahawa minyak wangi tersebut hukumnya
harus dipakai walaupun dalam sembahyang. Wallahu a'lam.

soal jawab  

Posted by ~MuJtAhId~

7. Doa Ketenteraman Hati
Soalan:
Apakah doa yang boleh dibaca bagi orang yang tidak tenteram
hatinya?
Zie...
Jawapan:
Antara amalan dan doa yang paling baik untuk mententeramkan hati
adalah " Selawat ke atas Nabi SAW." Selain dari itu anda juga boleh
mengamalkan doa yang kami selitkan dalam ruangan Himpunan Doa-doa
Pilihan. Doa tersebut lengkap, dan amat mustajab (berkesan).

soal jawab  

Posted by ~MuJtAhId~

4. Berdoa Untuk Memperolehi Suami Yang Soleh
Soalan:
Apakah hukumnya seorang gadis berdoa agar dirinya segera
dipertemukan jodoh dan mengharap dikurniakan seorang suami yang
soleh?
Rosmah, Seremban
Jawapan:
Hukumnya harus, memohon agar Allah SWT memberikan jodoh orang
yang baik (soleh). Di samping berdoa, mintalah bantuan ibu bapa agar dapat
mencari pasangan yang soleh. Tindakan ini adalah lebih baik dari mencari
sendiri demi mengelakkan daripada berlakunya fitnah dan maksiat.

soal jawab  

Posted by ~MuJtAhId~

Soalan:
Adakah perlu mengqada' solat fardhu yang telah ditinggalkan atau
cukupkah dengan bertaubat sahaja?
Abdullah, K. L.
Jawapan:
. Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar.
Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di
dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau
tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan
solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah
dua perkara iaitu terlupa dan tertidur.
Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau
sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang
bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi
syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan
bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya
solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua
keburukan pada masa akan datang. Wajib ke atasnya mengqada' semula
solat-solat yang telah ditinggalkan.
^ Kembali ke atas ^
2. Erti Saidina
Soalan:
Terangkan makna saidina dan mengapa Rasulullah SAW digelar
demikian sedangkan Allah SWT telah menggelarkannya Rasulullah
atau pesuruh Allah sahaja?
Nur Hidayah, P. Langkawi
Jawapan:
'Sayid' dalam bahasa Arab bermakna penghulu. 'Saidina' bererti penghulu
kami. Penghulu adalah orang yang kita muliakan dalam satu kelompok
masyarakat dan orang yang dijadikan ikutan dan pimpinan dalam segala
urusan.
Apabila kita mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW 'penghulu kita'
maka itu bererti bahawa baginda adalah orang yang kita muliakan, yang kita
hormati, yang kita junjung tinggi dan kita jadikan pimpinan dan ikutan lahir
batin, dunia dan akhirat.
Jangan kita ucapkan 'Saidina Muhammad' maka itu bererti bahawa kita
memuliakan baginda sebaik-baiknya dan mengangkat darjah baginda
setinggi-tingginya, sesuai dengan kedudukan baginda yang sebenarnya.
^ Kembali ke atas ^
3. Lari Dari Rumah
Soalan:
Apakah hukumnya seorang isteri lari meningalkan rumah kerana tidak
tahan dengan sikap suami yang sering memukulnya?
Isteri Malang, Kuala Lumpur
Jawapan:
Tidak salah isteri meninggalkan rumah (jika ke rumah ibu bapa) kerana
hendak menyelamatkan diri daripada suami yang zalim dan mengelakkan
diri dari kemudaratan. Namun kalau isteri boleh bersabar, tidak melawan
dan terus tunggu di rumah pastilah pahala untuknya amatlah besar.
Kalau suami zalim dan selalu memukul serta menyakiti hati, maka isteri
berhak mencari perlindungan di mana-mana yang difikirkan selamat.
Sebaiknya adukan kepada pejabat Kadi dan di sana diboleh menuntut fasakh.
Undang-undang Islam membela kaum wanita/isteri. Jadi, mereka
hendaklah pandai mengambil kesempatan dari pembelaan itu.

NASYID.FM